Monday, February 28, 2011


Kata Pascakata

          Kata pascakata hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. Terdapat dua subjenis kata pascakata,

1) kata penekan-masing-masing ditandai dengan perkataan –nya,yang memberi penegasan.Contoh fungsi penekan ialah
bahawasanya  kami berikrar akan menjalankan tugas kami dengan baik.




nampaknya-
sebenarnya- 



 2) kata pembenda, yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. Contoh fungsi pembenda ialah 




geramnya-



cantiknya-

                           





 datangnya-

lajunya-

 
          Demikianlah huraian ringkas tentang kata tugas, yang tiap-tiap satu memerlukan huraian yang lebih lanjut. Jelas kelihatan bahawa golongan kata ini penting dalam bahasa Melayu kerana peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap jenis.

Sunday, February 27, 2011

smbgn PRAFRASA




kata bilangan tak tentu: beberapa biji guli
kata bilangan tentu: tiga ekor penguin  itu sedang bergosip



KATA BILANGAN
  • digunakan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan

Jenis Kata Bilangan contohnya 
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu

beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa
kucing itu bermain di atas pokok

kita berada di antara kejayaan dan kegagalan, pilihan di tangan kita sendiri!

 KATA ARAH
  • digunakan untuk menunjukkan arah tempat
  • hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama






 KATA PENEGAS 
  • memberi penegasan terhadap sesuatu
  • itulah abang dan adik saya
  • melembutkan perintah,
  • contoh: bolehkah awak ambilkan saya buku itu?


KATA NAFI
  • menidakkan atau menafikan sesuatu
  • kata nafi bukan digunakan untuk menafi frasa nama dan frasa sendi nama. 
  • contoh: budak di dalam bakul itu bukan adik saya
  • kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
  • contoh: sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat


Wednesday, February 16, 2011

KATA PRAFRASA



Kata Prafrasa ialah kata yang mempunyai jumlah subjenis golongan 
yang banyak, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan.


KATA BANTU
  1. Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu.
  2. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
  • Kata Bantu aspek
Kata yang menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau (telah, sudah, dan pernah), masa kini (sedang dan masih), atau masa hadapan (akan dan belum).

                                                                     

Contoh: 1) Kereta api dari utara telah sampai.

                                
             2) Adik saya belum tahu berjalan.
  • Kata Bantu ragam
Kata yang menyampaikan maksud  ragam perasaan, misalnya hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan, dapat.

                                                        
Contoh: 1) Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
             2) Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.


KATA PENGUAT
  1. Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya.
  2. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif.
  3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
Contoh: Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
     
    4.   Kata penguat seperti sekali dan benar diletakkan selepas kata adjektif.
    5.   Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.


Contoh: 1)  Kereta api itu sangat laju.

                                              
             2) Kereta itu laju sangat.


KATA PEMERI
  1. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
  2. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
  3. kata pemeri boleh diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
  • Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya.
  • Contohnya: Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.
  • Adalah, yang hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.
  •  Contohnya:
                                                         
  • a) Dengan predikat frasa sendi nama  
Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut.
  • b) Dengan predikat frasa adjektif
 Candangan para pelajar itu adalah sangat baik.


KATA SENDI NAMA
  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain.
  3. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
Penggunaan kata sendi 

Di - digunakan untuk tempat, dieja terpisah dari kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
                                               
Contoh: Pertandingan mewarna itu diadakan di Taiping.

Dari - digunakan untuk tempat, arah atau masa.
Contoh: Ely datang dari Kelantan.

                                          
              Kanak-kanak itu menunggu bas dari pukul 8.00 pagi.


Daripada - digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

                                                    
Contoh: Surat itu saya terima daripada Yati.

                                                 

              Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada lapan  orang anggota.

Sunday, February 13, 2011

KATA TUGAS [BARU]

KATA TUGAS

Kata Tugas ialah golongan kata yang mempunyai tugas tertentu dalam binaan sesuatu frasa, klausa ataupun ayat.
Kata Tugas dapat dikelompokan kepada empat kumpulan berdasarkan fungsi dan kedudukannya dalam ayat: 

1. Kata Penyambung Ayat
    > Kata Hubung Gabungan
    > Kata Hubung Pancangan

2. Kata Praklausa
    > Kata Seru
    > Kata Tanya
    > Kata Perintah
    > Kata Pembenar
    > Kata Pangkal Ayat

3. Kata Prafrasa
    > Kata Penguat
    > Kata Penegas
    > Kata Nafi
    > Kata Bantu
    > Kata Pemeri
    > Kata Sendi Nama
    > Kata Arah
    > Kata Bilangan

4. Pasca Kata
    > Kata Penekan
    > Kata Pembenda

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata Penyambung Ayat ialah Kata Hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubung dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali ayat majmuk.
Kata Penyambung Ayat terbahagi kepada dua bahagian:

1. Kata Hubung Gabungan
2. Kata Hubung Pancangan


KATA HUBUNG GABUNGAN

Kata Hubung Gabungan ialah kata yang menghubungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.

Contoh kata: dan, atau, serta, malahan, tetapi, sambil, sementara, sebaliknya, maka, bahkan, lantas & seterusnya.

Contoh Ayat:

1. Eun Hyuk mahu belajar tetapi dia berasa mengantuk lalu tidur.
i. Eun Hyuk mahu belajar.
ii. Eun Hyuk berasa mengantuk lalu tidur.


2. Yuki tidak pergi ke rumah Zero sebaliknya dia pergi ke rumah Kira.
i. Yuki tidak pergi ke rumah Zero.
ii. Yuki pergi ke rumah Kira.


3. Shaoran dan Sakura pergi ke kedai untuk membeli bunga.
i. Shaoran pergi ke kedai untuk membeli bunga.
ii. Sakura pergi ke kedai untuk membeli bunga.



KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata Hubung Pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Contoh kata: kerana, jika, supaya, walaupun, sementara, agar, bahawa, apabila & sehingga.

Contoh ayat:


Takumi senyum kerana dia sangat gembira.
i. Takumi senyum.
ii. Takumi sangat gembira.


Kami akan berhenti menjalani latihan Aikido jika hujan bertambah lebat.
i. Kami akan berhenti menjalani latihan Aikido.
ii. Hujan bertambah lebat.


Lee Hom tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya memikat hati gadis itu.
i. Lee Hom tidak putus asa.
ii. Lee Hom tidak berjaya memikat hati gadis itu.

Kata Hubung Pancangan terbahagi kepada tiga jenis:

1. Kata Hubung Pancangan Relatif
@ Kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'yang'.
@ Contoh ayat:


Faid sedang menonton animasi yang disukai ramai iaitu 'Bleach'.

2. Kata Hubung Pancangan Komplemen
@ Berfungsi menghubungkan atu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'bahawa' dan 'untuk'.
@ Contoh ayat:


Fahima perlu memakai 'yukata' sebagai maskot kelab Aikido untuk acara perarakan sukan.

3. Kata Hubung Pancangan Keterangan
@ Berfungsi menjadi keterangan pada satu klausa utama.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'kerana', 'kalau', 'hingga', 'agar', 'jika', 'sungguhpun', 'supaya' dan 'apabila'.
@ Contoh ayat:


Ichigo menggigit rambut Renji apabila Renji memberi gelaran kucing kepadanya.