Kata Prafrasa ialah kata yang mempunyai jumlah subjenis golongan
yang banyak, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan.
KATA BANTU
- Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu.
- Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata Bantu aspek
Contoh: 1) Kereta api dari utara telah sampai.
2) Adik saya belum tahu berjalan.
- Kata Bantu ragam
Contoh: 1) Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
2) Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
KATA PENGUAT
- Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya.
- Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif.
- Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali dan benar diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh: 1) Kereta api itu sangat laju.
2) Kereta itu laju sangat.
KATA PEMERI
- Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
- Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- kata pemeri boleh diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya.
- Contohnya: Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek bagi membasmi kemiskinan.
- Adalah, yang hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Contohnya:
- a) Dengan predikat frasa sendi nama
- b) Dengan predikat frasa adjektif
KATA SENDI NAMA
- Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
- Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain.
- Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
Di - digunakan untuk tempat, dieja terpisah dari kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh: Pertandingan mewarna itu diadakan di Taiping.
Dari - digunakan untuk tempat, arah atau masa.
Contoh: Ely datang dari Kelantan.
Kanak-kanak itu menunggu bas dari pukul 8.00 pagi.
Daripada - digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Contoh: Surat itu saya terima daripada Yati.
Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada lapan orang anggota.
No comments:
Post a Comment