Sunday, February 13, 2011

KATA TUGAS [BARU]

KATA TUGAS

Kata Tugas ialah golongan kata yang mempunyai tugas tertentu dalam binaan sesuatu frasa, klausa ataupun ayat.
Kata Tugas dapat dikelompokan kepada empat kumpulan berdasarkan fungsi dan kedudukannya dalam ayat: 

1. Kata Penyambung Ayat
    > Kata Hubung Gabungan
    > Kata Hubung Pancangan

2. Kata Praklausa
    > Kata Seru
    > Kata Tanya
    > Kata Perintah
    > Kata Pembenar
    > Kata Pangkal Ayat

3. Kata Prafrasa
    > Kata Penguat
    > Kata Penegas
    > Kata Nafi
    > Kata Bantu
    > Kata Pemeri
    > Kata Sendi Nama
    > Kata Arah
    > Kata Bilangan

4. Pasca Kata
    > Kata Penekan
    > Kata Pembenda

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata Penyambung Ayat ialah Kata Hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubung dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali ayat majmuk.
Kata Penyambung Ayat terbahagi kepada dua bahagian:

1. Kata Hubung Gabungan
2. Kata Hubung Pancangan


KATA HUBUNG GABUNGAN

Kata Hubung Gabungan ialah kata yang menghubungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.

Contoh kata: dan, atau, serta, malahan, tetapi, sambil, sementara, sebaliknya, maka, bahkan, lantas & seterusnya.

Contoh Ayat:

1. Eun Hyuk mahu belajar tetapi dia berasa mengantuk lalu tidur.
i. Eun Hyuk mahu belajar.
ii. Eun Hyuk berasa mengantuk lalu tidur.


2. Yuki tidak pergi ke rumah Zero sebaliknya dia pergi ke rumah Kira.
i. Yuki tidak pergi ke rumah Zero.
ii. Yuki pergi ke rumah Kira.


3. Shaoran dan Sakura pergi ke kedai untuk membeli bunga.
i. Shaoran pergi ke kedai untuk membeli bunga.
ii. Sakura pergi ke kedai untuk membeli bunga.



KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata Hubung Pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Contoh kata: kerana, jika, supaya, walaupun, sementara, agar, bahawa, apabila & sehingga.

Contoh ayat:


Takumi senyum kerana dia sangat gembira.
i. Takumi senyum.
ii. Takumi sangat gembira.


Kami akan berhenti menjalani latihan Aikido jika hujan bertambah lebat.
i. Kami akan berhenti menjalani latihan Aikido.
ii. Hujan bertambah lebat.


Lee Hom tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya memikat hati gadis itu.
i. Lee Hom tidak putus asa.
ii. Lee Hom tidak berjaya memikat hati gadis itu.

Kata Hubung Pancangan terbahagi kepada tiga jenis:

1. Kata Hubung Pancangan Relatif
@ Kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'yang'.
@ Contoh ayat:


Faid sedang menonton animasi yang disukai ramai iaitu 'Bleach'.

2. Kata Hubung Pancangan Komplemen
@ Berfungsi menghubungkan atu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'bahawa' dan 'untuk'.
@ Contoh ayat:


Fahima perlu memakai 'yukata' sebagai maskot kelab Aikido untuk acara perarakan sukan.

3. Kata Hubung Pancangan Keterangan
@ Berfungsi menjadi keterangan pada satu klausa utama.
@ Contoh kata hubung yang digunakan ialah 'kerana', 'kalau', 'hingga', 'agar', 'jika', 'sungguhpun', 'supaya' dan 'apabila'.
@ Contoh ayat:


Ichigo menggigit rambut Renji apabila Renji memberi gelaran kucing kepadanya.

No comments:

Post a Comment